Monday, September 29, 2008

Di Pagi Aidil Fitri - Doha

Duhai bonda.... duhai ayahanda....
dengarlah rayuan anakanda yang jauh di mata....
hari nie 30 september 2008 adalah hari diishtiharkan hari raya pertama di negara-negara middle-east nie. so kat m'sia masih puasa lagi lusa baru dorang raya. aku dan hubby masih tak tido lagi coz masih sibuk di dapur... aku baru jek lepas selesai masak daging satey... pastu hubby lak take over masak lodeh lak... hem sementara tu aku check email dan update blog aku nie yang dah jarang2 aku lihat dan hantar cerita. well program pagi nie... 7.30am pegi embassy solat hari raya n jamuan hari raya and after that gie beraya kat rumah kedutaan m'sia lak tah datok ape tah nama dia.... pastu balik. plan seterusnya tak tahu lagi. huhuhu..... rindu suasana kat m'sia terutama di kampung aku.... mak, abah... miz u and maaf zahir dan batin.
p/s: pada adik gud luck bro.... whatever ape yang akan terjadi adalah takdir dari Ilahi. kak zue doa kan kebahagian adik k...

Tuesday, September 23, 2008

Salam Aidil Fitri


Sudah 23 hari umat Islam berpuasa... di kesempatan ini aku ambil untuk mengirim e-card kepada teman-teman, adik-beradik dan lain-lain melalui email. Tahun ini adalah tahun yang betul-betul berdikari buat aku suami dan anak-anak kerana berpuasa dan beraya di perantauan... (Doha,Qatr). Alhamdulillah jiran-jiran ramai orang malaysia (melayu) dan Indonesian. kami bagai satu keluarga kecil di perantauan nie. Tahun nie aku dan jiran-jiran lain akan menyambut lebaran di kedutaan Malaysia lepastu mungkin kami akan meraikan sambutan rumah terbuka di club house di kawasan rumah kami dgn menjemput rakan-rakan lain (tapi nie dlm plan lg tak tahu lah jadi ke tak). whatever aku sekeluarga pasti merindui beraya bersama keluarga dan sanak saudara di malaysia sana.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

ikhlas dari kami sekeluarga...

Thursday, September 11, 2008

Two Weeks After....


Salam Ramadhan Kareem..

Hem.... lama aku tak post coretan aku kat blog nie... almaklumlah banyak benda yang menghalang. Well.... setelah hampir 2 minggu aku di kota Doha nie.... banyak benda yang berubah dalam hidup aku.... anak2 aku first-two days dah mengalami masalah kulit kering dan sedikit demam. Begitu juga dengan aku, batuk dan selsema. Masalah utama adalah Kulit kering... tak pernah2 dalam hidup aku terlalu bergantung harap pada losyen. Lepas mandi mesti sapu losyen satu badan begitu juga dgn anak2 aku. Terutama daniea, masalah kulit dia begitu ketara... itu lah ape tidaknya 24hr dok dalam air-con.... kat luar lak panas. erm cerita tentang lain lah pulak. Sesampai ajek aku di rumah kitaorang kat Doha nie.... aku terdiam kejap melihatkan rumah nie lebih besar dari apa yang aku jangkakan, but i like it. Keesokan hari Hubby aku bawak aku pergi medical check-up... hahaha.... aku punyer bedebar jgan nak cakap.... bukan ape aku takut buat amik darah.... dahlah ari tu sepupu Hubby aku cerita orang arab nie kasar2 dan sombong.... waaa... rasa macam nak balik m'sia balik ajek... setiba kat hospital tu (tah aku lupa nama dia....) hubby aku tunggu kat luar... ya lah lelaki tak boleh masuk tempat pompuan.... so segala urusan aku buat sendiri kat dalam tu.... ngan orang arab nie yang tak berapa fasih cakap english nie... kita jgn tanya dia dgn tutur ayat lengkap atau susunan grammer baik... coz dia tak kan faham.... pendek kata guna ajek broken english. Alhamdulillah masa ambil darah tu aku kena ngan doktor yang baik dia tanya aku... ( salamualaikom ya zulaiha.... u malaysian.... good....good.. are u malaya (melayu).... but ur face not like malaya.... hahaha peramah lah pulak doktor tu.... masa dia ambik darah... aku ttak rasa sakit pun tau-tau dah 5ml darah aku dia ambil. pastu last tempat aku gie adalah buat x-ray.... hahaha i'm not surprise with this... coz my hubby already told me abt all these. masa buat x-ray kene bukak baju dan pakai baju khas untuk x-ray. dah lah baju dorang semua dah banyak yang talinyer putus pastu kene beratur panjang tunggu giliran masuk kat bilik tu.... segala bangsa ada kat situ dari mat saleh hinggalah org afrika.... nasib baik aku dapat baju yg ok sikit yang ada tu tali dah putus dah ternampak belakang yang ada indon tu ada ke dia bukak seluar sekali dah ternampak 'bumper' dia.... . Alhamdulillah segalanya selesai hampir 2 jam aku kat situ.
Balik rumah, pastu malam kami semua tidur awal coz masih terikut waktu m'sia lagi..... dah pukul 3am anak aku dah bangun kalau di m'sia pukul 8am.

Bermulalaah Ramadhan kat negara orang. Aku rasa puasa kat sini lagi best coz aku rasa sekejap ajek dah buka. Waktu berbuka dorang 5.48pm. jenjiran m'sia kat sini baik2 dan peramah2.... dorang suka menghantar kuih-muih. ini satu benda yang mencabar buat diri aku.... ya lah dah orang kasi kita kene lah balas balik.... huh! nasib baik buku resepi aku ada bawak beberapa naskah.... buat masa sekarang nie mother in low aku ada ok lah dia yang masak semua nanti dia dah balik aku kene buat jugak. Oh! ya, orang Doha dia tak cakap macam kita Ramadhan Al-Mubarak... tapi dia sebut Ramadhan Kareem. so... so far bulan puasa kat sini ok laaa....

Cerita Pasal Shopping.... bagi aku ok lah setanding ngan m'sia cuma suasana ajek lain tapi bagi aku yg speacial nyer adalah pergi Souq kat doha ada beberapa Souq yang biasanya pelancon2 datang untuk beli ole-ole laa... ada satu souq nie dia punya suasana macam dalam cerita ali baba.... hehehe....

p/s: 11 sept 2008.... kereta baru kami dah dapat (Honda MRV 3.5) full spec. colour hitam. Yang aku tahu kete nie tak de kat m'sia.