Tuesday, October 21, 2008

Life Much Better : )


Last thursday: Pagi tu aku dapat msg dari akak dia kata dia on skype sampai kul 12 malam (doha dalam kul 7pm). so pukul 6.15pm waktu doha aku msg akak ready online. so kitaorang borak lah dengan seronoknyer anak aku si daniea bercerita ngan auntie dia. aku rasa hidup aku semakin seronok kat sini. Tak macam masa first month dulu boring dan rasa menyesal berenti keje semata2 nak duduk doha. tapi sekarang dah lain aku rasa seronok pulak coz banyak aktiviti dan ramai org yang aku dah kenali exspeacially ex-boss hubby aku masa kat Time Eng. iaitu puan Marina now just call her Kak Marina.

Yesterday: Aku, gigie n kak anie gie gym. first time aku joint dorang saje nak mengisi masa boring kat umah ajek. Lagipun gym tu dekat jek tak sampai seminit dari rumah. lebih kurang sejam kat club house tu dari pegi gym kitaorang pergi ke tenis court lak tengok hubby gigie n kak anie main tennis. pastu aku, gigie n kak anie gie main pool lak hihihi enjoy tul lah. pastu balik umah lepas mandi n sembahyang isyak kak anie jemput kerumah dia ada bukak kedai kopi.... hahaha... shida n mizi pun joint.

Crabbing again!

17 Oct 2008

This time kitaorang pegi crabbing just untuk suka-suka jek. Tujuan utamanya adalah nak BBQ jek so malam tu adalah mtw nak ber BBQ jek. actually every week kitaorang 5 family BHG 6 nie memang aktif buat aktivit sebegini. Nie dorang dalam plan musim sejuk nanti nak camping lak. oh ya 25 oct nie nak pergi convoy ke utara qatar pastu lepak jap baru patah balik.

moral: Cara begini kitaorang tak terasa terasing sangat i mean rasa terasing di negara orang.... so moral of the story bila kat negara orang tu kalau kita jumpa rakan senegara kita anggap dia macam family kita baru hidup diperantauan ni sebenarnya best....

Open House Beverly Hills Garden 6



10 Oct 2008, Friday

Erm, lambat nak updatekan dalam blog coz tak de kesempatan. Whatever open house yang kitaorang plan2 kan tu akhirnye berjaya dengan meriahnye. Juadah / menu adalah meehoon soto, nasi lemak , nasi dagang, lemang , nasi impet , pudding kuih muih dll. tetamu yang datang more then 100 lah aku rasa yelah termasuk pasangan dan anak2. Majlis bermula pukul 4.00pm - 10.00pm. tapi masa pukul 7.00-8.00pm adalah tetamu paling ramai sampai tak cukup tangan buat keje dan tak cukup masa untuk melayan tetamu. huh!... letih tapi kitaorang happy. Malam tu lepas kemas ballroom tu kitaorang melepak bukak kedai kopi kat depan umah shah & giegie sampai kul 1.00am. hahaha...

p/s: well, open house nie memang best kerana dia menambahkan lagi kenalan aku dan merapatkan lagi silaturrahim antara warga m'sia yang lain.

Saturday, October 4, 2008

Crab Hunter! - Raya ke-3


First time aku satu family joint jiran-jiran lain pergi cari ketam. Sebelum-sebelun nie aku dan hubby selalu tak pergi coz fikirkan ttg anak kami masih kecil lagi takut dorang meragam... tapi tah macam mana pada hari tersebut iaitu 03 oct 08 aku yang memaksa hubby aku pergi joint dorang. masa dalam perjalanan aku asyik memikirkan ttg anak aku, aku takut dia melalak kat sana... maklumlah dia baru berusia 5 bulan dan lagi sorang 3 tahun. oh! ya, kami bertolak dari rumah dalam pukul 6.45pm... sampai ke destinasi pukul 8pm++. yang mengikuti konvoi nie adalah 7 family. setelah di sana, suami2 semua pergi ke tepi pantai untuk mencari ketam. Manakala si isteri semua menyediakan tempat dan menyusun barang2 picnic seperti makanan, minuman, dll.... anak2 pula bermain... wow! seronok betul lah udaranya pun nyaman angin sepoi2 bahasa.... aku rasa kalau program macam nie selalu diadakan bagus juga. Lebih2 lagi merapatkan lagi silaturahim antara satu sama lain..... ok setelah satu jam para suami turun mencari ketam mereka semua pulang dengan jumlah hasil tangkapan yang banyak.... sesi mengasingkan ketam yang elok dan yang tak elok (cengkerang yang rosak akibat tikaman terlalu kuat kot). mana yang tak elok kitaorang panggang / BBQ masa tu juga yang lain kami akan bawa pulang untuk dijadikan salah satu hidangan (ketem goreng) open house kitaorang pada hari sabtu nie di club house. ding-dong2 jam menunjikkan pukul 12am++, kami semua balik. sesampai di rumah sesi menyiang ketam dari pukul 1.30am - 3.30am.... huh! letih tapi tetap enjoy.....

P/s: Alhamdulillah kedua2 anak aku tak meragam.....