Saturday, October 4, 2008

Crab Hunter! - Raya ke-3


First time aku satu family joint jiran-jiran lain pergi cari ketam. Sebelum-sebelun nie aku dan hubby selalu tak pergi coz fikirkan ttg anak kami masih kecil lagi takut dorang meragam... tapi tah macam mana pada hari tersebut iaitu 03 oct 08 aku yang memaksa hubby aku pergi joint dorang. masa dalam perjalanan aku asyik memikirkan ttg anak aku, aku takut dia melalak kat sana... maklumlah dia baru berusia 5 bulan dan lagi sorang 3 tahun. oh! ya, kami bertolak dari rumah dalam pukul 6.45pm... sampai ke destinasi pukul 8pm++. yang mengikuti konvoi nie adalah 7 family. setelah di sana, suami2 semua pergi ke tepi pantai untuk mencari ketam. Manakala si isteri semua menyediakan tempat dan menyusun barang2 picnic seperti makanan, minuman, dll.... anak2 pula bermain... wow! seronok betul lah udaranya pun nyaman angin sepoi2 bahasa.... aku rasa kalau program macam nie selalu diadakan bagus juga. Lebih2 lagi merapatkan lagi silaturahim antara satu sama lain..... ok setelah satu jam para suami turun mencari ketam mereka semua pulang dengan jumlah hasil tangkapan yang banyak.... sesi mengasingkan ketam yang elok dan yang tak elok (cengkerang yang rosak akibat tikaman terlalu kuat kot). mana yang tak elok kitaorang panggang / BBQ masa tu juga yang lain kami akan bawa pulang untuk dijadikan salah satu hidangan (ketem goreng) open house kitaorang pada hari sabtu nie di club house. ding-dong2 jam menunjikkan pukul 12am++, kami semua balik. sesampai di rumah sesi menyiang ketam dari pukul 1.30am - 3.30am.... huh! letih tapi tetap enjoy.....

P/s: Alhamdulillah kedua2 anak aku tak meragam.....


No comments: